SEJARAH MALAYSIA DI MEDIA:
RESPONS DARIPADA PUBLIC HISTORIAN ( SEJARAWAN AWAM )*
(The Grand Question : The Meaning and the Learning of History)
(*’Public historian’ (sejarawan awam) di sini dimaksudkan sebagai seorang yang berkecimpung dalam isu sejarah di sebuah institusi yang berkaitan dengan sejarah, tetapi bukan seorang sejarawan akademik.)
Sejarah Malaysia dalam media
Sejak kebelakangan ini, iaitu dalam anggaran 7-8 tahun yang lepas, pelbagai perkara tentang sejarah Malaysia telah muncul di akhbar-akhbar di Malaysia, dan juga di ruang internet, kebanyakannya berbentuk kritikal yakni menimbulkan persoalan yang menentang. Perkara-perkara dan hujah-hujah yang ditimbulkan boleh disimpulkan sebagai mempersoalkan apakah kebenaran sejarah yang telah tertulis dan diajar di sekolah (‘menuduh’ sejarah Malaysia adalah propaganda oleh kerajaan/Melayu), dan, apakah ada muslihat tertentu oleh golongan tertentu maksudnya, bangsa Melayu, atau UMNO, menyatakan isi sejarah sebagaimana yang memang telah diketahui selama ini.
Mereka yang menimbulkan persoalan sebegitu tidak jauh kelompoknya daripada mereka yang mahu sejarah Malaysia diajar sebagai bermula daripada tahun 1957 sahaja. Malah, ada juga yang langsung terus menyatakan bahawa sejarah (yakni, sejarah Malaysia) tidak perlu diajar langsung (apatah lagi sebagai mata pelajaran wajib lulus) kerana pengetahuan sejarah dihujahkan oleh mereka sebagai tidak menyumbang apa-apa pun kepada practical skills atau kemahiran hidup, atau business enterprise atau kebolehan keusahawanan.
Dua sikap terhadap sejarah
Ilmu sejarah boleh menarik dua jenis sikap. Pertama, ialah sikap yang ingin mendalami sejarah yang diketahui, dan dalam usaha mendalami itu memang akan menemui isu-isu yang boleh memperkayakan lagi isi sejarah Malaysia, dan ada juga kemungkinan isu-isu tertentu menimbulkan sedikit kesangsian, dan ini berupaya menggerakkan lebih penyelidikan atau research berkenaannya, dan mungkin berupaya membawa kepada satu penemuan baru atau yang sedikit berbeza. Ini adalah sikap keilmuan (yakni menyatakan isi sejarah berdasarkan hakikat), dan sikap kemasyarakatan yang sebenarnya. Ini ialah pendekatan yang saya namakan sebagai pendekatan integrative, yakni pendekatan yang bersepadu dengan masyarakat yang sedia ada.
Kedua, ialah sikap yang terus mahu mempersoalkan setiap isi dan bentuk sejarah Malaysia dengan tujuan mengubah seluruh isi dan rupanya. Ini adalah sikap yang berteraskan anti (penentangan). Ia bersungguh-sungguh menonjolkan muka akademik, tetapi nyata mudah menampakkan kecondongan (inclination) yang tertentu. Bak kata pepatah Melayu, sekilas ikan di air, tahu jantan betinanya. Ini ialah pendekatan yang saya panggil sebagai pendekatan rejectionist, yakni pendekatan yang menolak masyarakat yang sedia ada, dan, sejarah sebagai satu penghuraian tentang masyarakat yang sedia ada.
Jadi, mereka yang bersuara di media atau internet yang mempersoalkan isi dan bentuk sejarah Malaysia memang memiliki satu sikap tertentu, iaitu sikap rejectionist. Sikap ini perlu dihadapi dan anggapan mereka tentang sejarah Malaysia dihujahkan balik.
The Grand Question
Ini penting kerana ini adalah tentang persoalan besar sejarah, iaitu the Grand Question – iaitu maksud dan pembelajaran sejarah - the meaning and the learning of history.
Jadi, esei ini adalah bertujuan menyuraikan kemelut ini, daripada kaca mata seorang public historian (saya istilahkan dalam bahasa Melayunya sebagai ‘sejarawan awam). Seorang public historian memang berpegang teguh kepada keilmuan sejarah, dan memang mengetahui bahawa sejarah terus mesti berlandaskan dalil dan dokumen. Sebagai public historian (sejarawan awam) saya menghuraikan sejarah (dan, khususnya sejarah Malaysia) daripada perspektif masyarakat dan peradaban manusia.
Sejarah : Pengkisahan tamadun
Sejarah ialah berkenaan ilmu. Ia adalah satu cabang ilmu. Ia adalah satu cabang ilmu yang telah mantap dengan kaedah dan disiplinnya yang tertentu dan nyata.
Sejarah ialah pengkisahan tentang peradaban (History is a civilisational narrative). Ia adalah penghuraian berkenaan naik turunnya, pasang surutnya, maju mundurnya, sesuatu peradaban masyarakat manusia yang melalui pelbagai zaman dan cabaran.
Ini bermakna sejarah sudah semestinya pengkisahan akan suatu bumi atau alam yang tertentu dan penghuni aslinya atau pribuminya. Suatu bumi (land) dan penghuni aslinya (natives) membentuk satu alam manusia (habitat). Alam dan manusia pribumi ini membangunkan satu budaya manusia akibat interaksi (tindak-tanduk kehidupan) manusia pribumi dengan alamnya atau habitatnya. Interaksi ini membentuk satu ekosistem (maksudnya, keadaan di mana manusia pribumi dan alamnya hidup dengan saling memanafaatkan satu sama lain). Lain habitat membentuk lain ekosistem dengan manusia pribuminya yang lain-lain. Ini bermakna setiap ekosistem memunculkan satu masyarakat dan budaya/tamadun manusia yang tersendiri berdasarkan sifat habitat berkenaan.
Budaya manusia setempat (maksudnya, di sesuatu habitat/alam) itu membangun daripada bahasa yang ditutur dan yang muncul di alam yang berkenaan, dan mengembang menjadi satu cara hidup (language breeds culture), dengan pandangan hidup (world-view) nilai-nilai, dan kearifan semasyarakat – ini adalah tamadun berserta peradaban. Sejarah manusia ialah pengkisahan tentang tamadun serta peradaban manusia sebegini (di sesuatu habitat/alam) yang merentasi zaman.
Walau pun dalam bahasa lain (Arab), ‘tamadun’ dan ‘peradaban’ itu bermakna sama kita harus boleh membezakan antara ‘tamadun’ yang dimaksudkan sebagai material atau physical culture (atau, tangible culture) yakni, cara hidup serta ciptaan-ciptaan manusia yang berkaitan dengan cara hidup mereka (umpamanya, rumah, perahu, cara hidup kelautan, dsb.), dan ‘peradaban’ yang dimaksudkan sebagai intangible culture, yakni nilai-nilai, serta kebijaksanaan, dan seni dan karya-karya sastera dsb.1 Jadi, sejarah adalah berkenaan tamadun serta peradaban manusia pribumi di alamnya.
(1. Membezakan antara ‘tamadun’ dan ‘peradaban’ ini telah dikupas di Lembaga Peradaban Melayu (atau, ADAB), sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Perbezaan ini dikemukakan oleh Tan Sri Dato’ Mohd Yusof Hitam.)
Sejarah sebagai satu pengkisahan tamadun serta peradaban ialah satu penghuraian atau naratif sebagaimana dilihat berlaku atau difahami oleh masyarakat pribumi itu sendiri di habitat/alamnya sendiri. (History is necessarily a narrative of a land and its native inhabitants, as perceived and understood by the natives themselves). Sejarah adalah pengkisahan tamadun dan peradaban – ini dia sari sejarah dan ini harus difahami (History is, therefore, a civilizational story – this essence needs to be understood). Orang luar, yakni bukan pribumi, sama ada pengkaji atau apa-apa sekali pun, boleh membuat interpretasi mereka sendiri tentang sejarah di sesuatu habitat/alam yang tertentu, tetapi tiada sesiapa yang akan dapat memahami zat atau semangat sesuatu bumi, alam atau masyarakat melainkan manusia pribumi/masyarakat asli di alam itu sendiri.
Ini bermakna, untuk kita mempelajari atau mengenali sejarah yang sebenarnya sejarah, sebagai satu ilmu, kita perlu pertama sekali mengenalpasti taburan budaya dan bangsa-bangsa manusia secara asli dan asalnya di dunia, yakni taburan tamadun serta peradaban manusia mengikut habitat yang lain-lain. Taburan tamadun serta peradaban mudah diketahui kerana budaya dan bangsa manusia mudah dikenalpasti. Sesuatu tamadun serta peradaban adalah semestinya berteraskan satu budaya manusia yang muncul daripada satu bahasa pertuturan pribumi dan world-view (pandangan hidupnya) manusia pribumi tersebut. Maka, jelas wujud banyak zon atau wilayah budaya, tamadun serta peradaban manusia di dunia ini.
Wilayah atau zon budaya dan tamadun/peradaban manusia adalah sesuatu yang semulajadi. Alam yang dihuni oleh suatu kelompok manusia atau bangsa yang sebahasa dan sebudaya sebagai pribumi tersebut adalah tanah ibundanya atau homeland bagi bangsa tersebut. Mungkin juga boleh terjadi, akibat sesuatu kejadian di zaman pra sejarah, sesuatu tanah ibunda dihuni bersama oleh lebih daripada satu bangsa dan lebih daripada satu budaya.
Istilah-istilah bangsa pribumi (atau, natives) dan tanah ibunda (atau, homeland) amat perlu kita fahami dan ditekankan dalam kefahaman dan pembelajaran tentang ilmu sejarah. Ini adalah asas sejarah. Pengkisahan suatu tanah ibunda dan penghuni pribuminya melalui zaman inilah inti dan keseluruhannya apa itu ‘Sejarah’ (the narrative about a homeland and its natives is the essence and the whole of ‘History’).
Sejarah nasional dan sejarah palsu
Peredaran zaman telah memunculkan dari abad ke-17 hingga ke abad ke-20 pelbagai negara yang bersifat entiti (lembaga) politik yang wujud berasaskan dan mengikut undang-undang antarabangsa (legal entity) di seluruh dunia. Pembentukan negara-negara entiti politik dan legalistic ini adalah suatu kejadian yang direka atau dibentuk oleh manusia akibat perlakuan perang dan pelbagai sengketa lain, atau perjanjian, dsb. Maksudnya, pembentukan dan kewujudan negara-negara adalah sesuatu yang berbeza dengan kemunculan dan kewujudan tamadun dan peradaban manusia yang muncul secara asli di habitat aslinya.

Peta Alam (Habitat) Melayu
----Sempadan Alam Melayu kini
Alam Melayu adalah tanah ibunda bangsa Melayu,
di mana tamadun serta peradaban Melayu berasal dan menghuni sebagai pribumi.
Asalnya, Alam Melayu meliputi juga pulau-pulau Taiwan, dan Hainan,
dan wilayah-wilayah di tengah dan selatan Vietnam sekarang ini, dan juga Kemboja.
Banyak, jika tidak semua, alam tamadun serta peradaban manusia, yang wujud secara semulajadi semenjak zaman pra sejarah (sebelum sejarah), telah terpecah akibat telah terbentuknya negara-negara moden, yang semuanya mempunyai sifat merdeka secara undang-undang, di alam berkenaan. Di Alam Melayu umpamanya, negara-negara moden iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura telah terbentuk mengakibatkan alam Melayu yang satu itu terbahagi secara sempadan politiknya kepada beberapa pecahan. Namun, kewujudan alam atau habitat Melayu yang satu itu kekal. Ini adalah satu essence of history (sari atau pati sejarah) yang harus difahami
Istilah ‘Melayu’ bermaksud rumpun bangsa yang dikenali oleh semua sarjana antarabangsa sebagai bangsa ‘Melayu-Polinesia’ atau ‘Austronesia’. Ini adalah satu keluarga besar bangsa yang bertutur satu keluarga besar bahasa-bahasa yang juga dikenali sebagai keluarga besar bahasa ‘Melayu-Polinesia’ atau ‘Austronesia’. Maka, berasaskan hakikat kekeluargaan ini di Alam Melayu telah muncul satu istilah asli iaitu ‘serumpun’.
Memang istilah ’Melayu’ ada kalanya menjadi satu polemik atau perabahasan kerana ada yang memberi contoh umpamanya, ‘Jawa itu bukan ‘Melayu’. Kesulitan kefahaman ini muncul kerana tidak ramai mengetahui bahawa bangsa rumpun Melayu ini adalah satu rumpun bangsa yang amat tua; maka akibat amat tuanya rumpun Melayu itu, ia menjadi satu rumpun yang amat besar, mengumpulkan pelbagai suku bangsa. Dalam penghidupan harian kita sekali pun, di kalangan keluarga-keluarga yang amat besar pasti ada juga yang tidak mengenali saudara-mara di kalangan mereka, melainkan ada yang menceritakannya. Begitulah juga halnya dengan keluarga bangsa yang teramat tua dan besar. Maka, memang adalah yang menganggap ‘Jawa’ itu umpamanya ‘bukannya Melayu’, melainkan ada yang menghuraikan kaitannya. Istilah ‘Melayu’ itu digunakan untuk semua dalam keluarga rumpun bangsa ‘Melayu Polynesia’ ini kerana istilah ‘Melayu’ itu telah awal-awal lagi digunakan untuk merujuk kepada semua dalam keluarga rumpun bangsa ini oleh pengkaji-pengkaji dari Eropah/ Barat dahulu.
Pembentukan negara-negara moden telah membawa padah kepada kefahaman tentang sejarah. Padahnya ialah sejarah telah pula menjadi satu kajian akademik yang bersifat kenegaraan atau nasionalistic. Maksudnya, ia telah menjadi satu bidang kajian yang sempit (dihadkan oleh sempadan politik), bukan lagi satu ilmu kemanusian yang unggul yang berteraskan tamadun dan peradaban manusia yang tertentu. Maka, amalan akademik yang sempit sebegini telah mendirikan sejarah negara-negara sebagai ‘ilmu sejarah’. Ini ada eloknya jika sejarah ingin dipelajari dengan cara yang mudah atau simple sekali.
Tetapi, sejarah ala (cara) akademik sebegini bukanlah sejarah yang sebenarnya ‘Sejarah’. Sejarah akademik yang sempit sebegini (yang disebut sebagai sejarah nasional) ini sebenarnya adalah satu ‘sejarah palsu’, atau ‘fake history’ kerana sejarah adalah satu ilmu manusia dan kemasyarakatan yang semulajadi; ia tidak boleh dipenggal-penggal mengikut sempadan politik.
Sejarah nasional (yang sempit) sebegini terus menjadi lebih fake (palsu) dengan tekanan dan kehendak politik dalam negeri agar sejarah diajar mengikut satu interpretasi atau fahaman political correctness (kewajaran politik, atau ‘politik yang betul’). Maka, di Malaysia umpamanya, sejarah nasional dikehendaki oleh sesetengah pihak supaya bersifat inclusive, balanced (memasukkan semua kaum, semua kelompok, fair, dsb.) serta memasukkan elemen contributions (sumbangan), dsb. Dengan meletakkan spesifikasi-spesifikasi (ukuran-ukuran) sebegini maka ‘sejarah’ telah dijadikan seolah-olah satu hasil keluaran kilang (factory product) kerana produk (hasil keluaran) kilang memang semestinya dikehendaki menepati spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh pihak pengurusan atau empunya kilang tersebut. Apakah kita ingin menjadikan sejarah sebagai satu factory product, dan bukan lagi satu ilmu kemanusian yang unggul ?
Oleh kerana sejarah akademik (nasional) sedemikian dipenggal-penggal mengikut sempadan politik, ini bermakna ‘sejarah’ yang dipelajari berakhir di mana sempadan politik bermula. Ini bertentangan dengan semangat ilmu sebagai ilmu kemasyarakatan, kerana ilmu masyarakat tidak mengenali sempadan politik, maka tidak sepatutnya disekat oleh sempadan politik.
Sejarah Malaysia adalah sejarah tamadun Melayu
Jika hakikat ini disedari, apa yang harus kita lakukan apabila kita ingin mengenali, memahami dan mempelajari sejarah Malaysia yang sebenar ialah kita mesti kembali mengenalpasti dalam alam tamadun dan peradaban mana Malaysia terletak. Maka, ini akan mengembalikan semula ilmu sejarah yang sebenarnya “Sejarah” di Malaysia.
Bagi manusia pribumi di Malaysia ini, mereka adalah sebahagian daripada satu masyarakat manusia sebahasa dan sebudaya dan setamadun yang besar yang menghuni keseluruhan apa yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu, atau Gugusan pulau-pulau Melayu, atau Nusantara, atau Alam Melayu, di pelusuk Asia Tenggara. Keluarga masyarakat atau tamadun serta peradaban yang satu ini dikenali sebagai rumpun Melayu, atau istilah akademiknya bangsa Melayu-Polinesia atau Austronesia. Tamadun serta peradaban ini adalah satu masyarakat kelautan – maritim (maritime). Istilah orang Melayu maritim akan alam mereka ini ialah tanah-air (homeland). Tamadun serta peradaban bermaksud wujudnya satu cara hidup dan cara hidup bermasyarakat di mana ada peraturan dan susila, serta kearifan (‘civilisation’ means the existence of a way of life, practising a body of culture, a body of values, and a body of wisdom).
Di Asia Tenggara wujud beberapa tamadun manusia yang menjadi teras sejarah di rantau ini. Pertamanya, ialah tamadun serta peradaban Melayu yang wujud di hampir semua pulau-pulau di Asia Tenggara dan juga di sebahagian daripada tanah besar Asia Tenggara. Tamadun Melayu ini adalah tamadun asal di Asia Tenggara. Tamadun-tamadun lain di Asia Tenggara ialah tamadun orang Vietnam, tamadun orang Thai, tamadun orang Khmer, dan juga tamadun beberapa bangsa di Myanmar. Kesemua tamadun-tamadun yang lain ini bukanlah tamadun asal di Asia Tenggara, kerana semua bangsa yang membawa tamadun-tamadun yang lain ini semuanya muncul di tanah besar Asia Tenggara dari bahagian negara China hari ini (ketika itu belum lagi terbentuk negara China), beberapa ratus tahun dahulu .
Maka, mengenali serta mempelajari sejarah Malaysia (berasaskan kepada kefahaman bahawa sejarah adalah pengkisahan tentang tamadun serta peradaban manusia) ialah mengenali serta mempelajari sejarah tamadun bangsa serumpun Melayu. Ini bermaksud, sejarah Malaysia mesti dimulakan dengan mengenali masyarakat dan tamadun serta peradaban di seluruh Alam Melayu terlebih dahulu. Alam Melayu itu adalah satu (indivisible), dan tidak boleh difahami secara berasingan. Malaysia cumalah sebahagian daripada Alam Melayu, iaitu bahagian yang dikuasai oleh Inggeris dahulu, manakala ada sebahagian alam ini pula (iaitu Filipina) yang dikuasai oleh orang Sepanyol dahulu, dan ada pula sebahagian lagi (iaitu pulau Timor) yang dikuasai oleh orang Portugis. Manakala, bahagian besar Alam Melayu (iaitu Indonesia) dikuasai oleh orang Belanda.
Tidak mungkin kita boleh memahami perihal kesultanan Melayu Melaka umpamanya, dengan sepenuh dan sebetulnya, tanpa melihat kepada seluruh Alam Melayu sebagai context (yakni, alam sekitarnya) dan content (yakni, sari dan patinya) kepada kesultanan Melayu Melaka.
Sejarah manusia di Alam Melayu sentiasa bersangkut paut daripada segi kaitan budaya dan gerak pindah manusia Melayu semenjak zaman silam. Kejatuhan negeri Melayu Melaka kepada orang Portugis umpamanya, dalam tahun 1511, telah mengakibatkan perpindahan pedagang-pedagang dan kelompok-kelompok Melayu Melaka ke Sulawesi, Sumatera, Brunei, dsb. iaitu ke bahagian lain Alam Melayu. Perpindahan manusia ini bukanlah sekadar akibat daripada malapetaka ketewasan perang, tetapi menerangi satu sifat masyarakat di Alam Melayu yang berundur ke bahagian lain tanah airnya, dan membawa serta terus menghidupkan semangat Melayu Melaka.
Pembelajaran sejarah Malaysia semestinya menekankan kepada tamadun dan peradaban tanah air Alam Melayu, dan Malaysia sebagai satu pelusuk alam ini. Sejarah adalah satu ilmu besar. Ia tidak patut dikecilkan hanya sebagai satu mata pelajaran untuk peperiksaan sahaja. Pembelajaran sejarah sebagai satu kecelikkan dan kebijaksanaan berkenaan tamadun serta peradaban, berkuasa membina jati diri yang sebenarnya. Sejarah adalah satu ilmu yang sangat penting dalam membentuk keperibadian sebagai rakyat dan sebagai anggota masyarakat. Mempelajari sejarah sebagai satu ilmu tamadun serta peradaban memperkayakan sifat humanisme individu (yakni, nilai kemanusiaan diri).
Sejarah telah berakhir
Bagi sesuatu bangsa pribumi (atau, tamadun pribumi) sejarah telah berakhir bagi bangsa (atau, tamadun) tersebut apabila bangsa itu tenggelam di alamnya sendiri. Ini boleh berlaku akibat jumlah bangsa pribumi tersebut telah menjadi terlalu kecil, kerana kebanjiran masuk besar-besaran kaum pendatang ke negara/alam bangsa tersebut. Tetapi, berakhirnya sejarah sebegini boleh terjadi cuma jika bangsa tersebut terdapat di negara yang satu itu sahaja; maksudnya, bangsa yang sama tidak ada menghuni sebagai pribumi di sebarang negara lain. Contohnya, bagi bangsa pribumi aborigines (orang asli) di Australia sejarah telah berakhir bagi bangsa dan tamadun mereka kerana jumlah orang aborigines di Australia telah tinggal cuma sebanyak 2.5 % sahaja daripada jumlah penduduk Australia sekarang ini. Ini adalah akibat alam atau habitat mereka telah dibanjiri dan dikuasai oleh orang-orang pendatang dari Eropah, dan dari tempat-tempat lain. Dengan jumlah mereka yang telah menjadi sebegitu kecil sekali, dan ditambah pula dengan kedudukan sosio-ekonomi dan tahap pendidikan mereka yang sungguh terlalu rendah, sejarah telah berakhir (it is the end of history) bagi mereka kerana bangsa aborigines ini tidak terdapat sebagai bangsa pribumi di sebarang negara lain lagi. Jumlah orang asli Australia ini yang terlalu kecil sekali, dan dengan tahap ekonomi dan pendidikan mereka yang sebegitu rendah sekali, maka orang asli ini telah menjadi begitu tidak signifant (tidak bererti) lagi di alam habitat asli mereka sendiri.
Dibandingkan dengan bangsa aborigines di Australia ini, situasinya berbeza dengan kes orang bangsa Korea yang menghuni bumi pribumi mereka di satu wilayah yang sekarang telah menjadi sebahagian daripada negara China, iaitu jauh di bahagian timur laut negara China. Orang Korea di wilayah kecil ini telah menjadi penghuni minoriti yang amat kecil sekali akibat kebanjiran masuk orang Han (umunya, dikenali sebagai orang Cina) yang terlalu ramai sekali ke wilayah pribumi orang bangsa Korea ini. Bagi orang bangsa Korea di wilayah kecil ini sejarah tidak berakhir bagi mereka kerana orang sebangsa mereka (iaitu orang bangsa Korea juga) terdapat menghuni, malah dengan lebih ramai lagi, di negara lain sebagai bangsa pribumi iaitu di negara Korea Utara dan di negara Korea Selatan. Dan, di kedua-dua buah negara lain ini mereka adalah dominan (bangsa terbesar, dan berkuasa). Pertalian alam bangsa dan tamadun serta peradaban orang Korea adalah berterusan, yakni tidak diputuskan oleh sempadan politik antara Negara China dan Korea (Utara dan Selatan). Tamadun adalah indivisible (tidak boleh dibelah-bahagi). Sejarah bagi bangsa Korea ini berterusan.
Ada juga kelompok-kelompok manusia, oleh kerana pelbagai sebab, yang telah berhijrah keluar dari alam asal tamadun mereka dan terus bermastautin tetap di negara-negara lain, yang merupakan wilayah kepada satu tamadun bangsa yang lain. Seterusnya, mengikut amalan di negara-negara moden masa kini, penghijrah-penghijrah ini terus menjadi warga negara di negara-negara baru yang mereka huni. Di negara-negara baru ini penghijrah-penghijrah ini adalah bersifat orang pendatang, kerana negara-negara baru yang mereka huni tersebut memang telah ada bangsa-bangsa pribuminya sendiri dengan amalan tamadun serta peradaban mereka sendiri. Mereka yang mendatang ini jelas orang pendatang kerana budaya dan bahasa yang mereka amal dan tuturkan (yakni, yang mereka bawa) jelas berbeza dengan budaya dan bahasa yang telah ada secara asal di negara di mana mereka telah berhijrah itu. Dengan berhijrah keluar daripada alam tamadun asal mereka, orang-orang penghijrah ini telah meninggalkan status (kedudukan) pribumi mereka, dan menjadi warga baru di negara/alam yang baru.
Bangsa dan kaum
Dengan terputusnya status pribumi mereka, orang-orang penghijrah ini tidak lagi berstatus satu ‘bangsa’. ‘Bangsa’ adalah berkaitan dengan status pribumi - iaitu orang yang menghuni alam ibundanya (homeland) sendiri yang berhak memegang status ‘bangsa’. Apabila manusia berhijrah keluar terus dari bumi ibundanya, maka status mereka di bumi baru di mana mereka telah berhijrah, adalah sebagai ‘kaum’ sahaja, bukan lagi sebagai ‘bangsa’. Umpamanya, orang bangsa Greek yang di negara Greece adalah dikenali sebagai orang ‘bangsa Greek’ (‘the Greek race’ atau ‘the Greek people’). Tetapi, orang Greek yang telah berhijrah ke negara Australia tidak lagi dikenali sebagai orang ‘bangsa Greek’, tetapi sekadar orang ‘kaum Greek’ sahaja. Maka, di Australia mereka dikenali sebagai ‘the Greek community in Australia’ (atau, ‘people of Greek descent’), bukan ‘the Greek race’ atau ‘the Greek people in Australia’. Di negara (atau tanah ibunda) mereka di Greece orang Greek tidak perlu disebut sebagai ‘people of Greek descent’’ (‘orang keturunan Greek’), kerana mereka adalah jelas ‘the Greek race’ (orang ‘bangsa Greek’).
Sedar atau tidak, ini adalah satu fenomena sosial (sesuatu yang nyata dalam pergaulan manusia bermasyarakat) - a social phenomenon. Ini bukanlah satu fenomea politik, atau suatu kes kewajaran politik (political correctness) tetapi, adalah suatu kes kewajaran sosial (social correctness). Mereka yang berketurunan bangsa Greek di Australia dikenali sebagai masyarakat Greek sahaja (the Greek community) bukanlah kerana ia satu arahan atau label politik tetapi ia adalah satu kewajaran sosial (social correctness). Ini adalah sebahagian daripada hakikat sejarah manusia bermasyarakat – malah sebahagian yang asas dalam ketamadunan manusia. Kerana, sejarah adalah ilmu sosial, yakni satu kefahaman berkenaan fenomena sosial. Sejarah bukannya satu kefahaman atau satu fenomena politik. Penghijrahan manusia dari satu alam (atau, negara) ke satu alam (atau, negara) yang lain adalah satu fenomena sosial, bukannya satu kejadian politik.
Penghijrahan atau kependatangan adalah satu fenomena sosial, yang mesti difahami dalam mempelajari sejarah dan menghayati sejarah. Penghijrahan menglibatkan pertemuan manusia daripada alam, bahasa dan budaya yang berlainan. Ini terjadi apabila individu atau seseorang meninggalkan tanah ibundanya dan pergi menghuni di tanah ibunda orang lain. Ini bermaksud individu atau seseorang yang berkenaan telah merentasi sempadan zon budaya. Individu atau seseorang yang merentasi sempadan zon atau wilayah budaya itu adalah pendatang, kerana ia membawa bahasa dan budaya yang berlainan.
Sebaliknya, jika seseorang bergerak dari satu tempat di tanah ibundanya dan menghuni di tempat lain di tanah ibundanya juga, beliau bukanlah pendatang, kerana beliau tidak langsung merentasi sempadan zon atau wilayah budaya. Beliau tidak ada membawa bahasa dan budaya yang berlainan; beliau cuma membawa barangan peribadinya sahaja (beg, pakaian). Apa yang dilakukan oleh orang ini ialah berpindah dalam zon atau wilayah atau alam pribuminya sendiri.
Bercantum dengan sejarah tamadun lain
Memahami perbezaan dilema fenomena sosial antara ‘pendatang’ dengan orang yang ‘berpindah’ adalah penting, kerana orang yang sekadar berpindah sahaja masih terus dalam arus sejarah tanah airnya. Manakala, seorang pendatang telah meninggalkan sejarah tanah airnya, dan perlu berintegrasi dengan masyarakat pribumi di tempat di mana dia telah berhijrah, dan melekatkan diri dengan sejarah alam baru yang dihuninya.
Maka, bagi mereka yang telah berhijrah keluar mereka telah terputus langsung kaitan sejarah dengan bumi ibunda mereka, atau alam tamadun mereka. Ini bermakna bagi mereka, sejarah telah berakhir. Mereka telah memasuki satu alam baru, di negara baru, dan kini mereka perlu menerima dan menyesuaikan diri dengan pribumi tempatan yang mereka temui di negara baru mereka itu (they are expected to assimilate, or at least integrate, with the natives or host society of their new land of residence). Mereka perlu mengenali dan menerima, dan menyesuaikan diri (recognise, and accept and adapt to) dengan sejarah, tamadun,budaya, dan world-view pribumi tempatan itu.
Dalam sepanjang sejarah tamadun dan peradaban manusia, berintegrasi dengan penduduk pribumi adalah satu kelaziman atau kemestian bagi mereka yang datang berhijrah ke bumi lain, sebagaimana yang tersebut dalam pepatah pelbagai bangsa, umpamanya bangsa Melayu yang mempunyai pepatah: masuk kandang kambing membebek, masuk kandang kerbau menguak. Adaptasi (menyesuaikan diri) di alam yang baru adalah penerimaan peraturan kehidupan. Sesungguhnya, tamadun manusia terbina apabila manusia menerima satu ‘peraturan kehidupan’.
Kehadiran kaum yang mendatang dalam masyarakat pribumi setempat sudah pastinya diiktiraf oleh bangsa pribumi berkenaan, dan hakikat ini tercatit dalam persejarahan bangsa pribumi tempatan tersebut. Tetapi, persejarahan ini adalah dengan penghuraian yang mengikut kacamata pribumi itu sendiri, kerana ini adalah penerusan sejarah bangsa pribumi tersebut di alamnya. Kaum yang mendatang mencantumkan diri dengan persejarahan pribumi tempatan.
Multiculturalism : kewajaran politik vs kewajaran sosial
Apa yang sering kali ditonjolkan di zaman moden ini sebagai multiculturalism atau pluralism (‘kepelbagaian budaya atau kemajmukan’), di mana semua budaya dan semua bangsa, khususnya bermaksud budaya dan kaum pendatang, mesti diterima sebagai setaraf dengan budaya dan bangsa pribumi, adalah sesuatu yang ganjil. Multiculturalism adalah satu konsep ‘kewajaran politik’ (political correctness), walhal sejarah adalah satu pengkisahan sosial (yakni, berkenaan pergaulan dan susun atur masyarakat).
Multiculturalism tidak mempunyai landasan moral langsung daripada segi kewajaran sosial (social correctness) atau peradaban, untuk menentukan atau mengambil-alih persejarahan alam dan masyarakat pribumi tempatan. Sebagai contoh, Lee Kuan Yew, pemimpin Singapura ketika Singapura berada sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia (tahun 1963-1965) telah lantang bersuara menyatakan orang bukan Melayu mempunyai hak sama rata dengan Melayu pribumi di Malaysia dan berhak juga menjadi perdana menteri di Malaysia (jelas satu hujah kewajaran politik). Tetapi, apabila Singapura merdeka dan berada di luar Malaysia, Lee Kuan Yew sebagai perdana menteri Singapura, telah menyatakan pendirian bahawa orang Cina di Singapura “belum bersedia” menerima (tidak boleh menerima ?) bukan Cina sebagai perdana menteri negara tersebut ! Perubahan yang begitu ketara akan pendirian Lee Kuan Yew ini boleh diambil sebagai contoh bahawa kewajaran sosial adalah asas yang paling tepat, lebih tepat daripada kewajaran politik. (Tetapi, dalam kes Singapura ini, pengamalan kewajaran sosial-nya harus dipertikaikan kerana kewajaran sosial di Singapura tidak wajar mengenepikan hak orang pribumi Singapura – daripada keturunan bangsa Alam Melayu – daripada layak menjadi perdana menteri Singapura).
‘Bangsa’ adalah manusia yang kekal di alam pribuminya, manakala ‘kaum’ adalah mereka yang telah meninggalkan alam pribuminya. Orang Melayu di Alam Melayu adalah satu ‘bangsa’. Orang Melayu yang telah menetap atau berhijrah ke negara/alam lain adalah ‘kaum Melayu’ sahaja, umpamanya di Australia. ‘Kaum Melayu’ ini tidak lagi berada di alamnya. Bagaimana orang Melayu mengetahui mereka tidak lagi berada di alam mereka sendiri apabila mereka berada di Australia ? Ini nyata kerana Melayu yang berada di Australia itu akan sedar bahawa kelilingnya di Australia itu tidak seperti alam Melayunya. Alam Melayu ialah di mana … :
… Menghitam masaknya manggis
Memutih bunga buah keras
Mempelam bersabung buah
Buah pauh bertindih tangkai
Buah rambai masak berayun
Buah durian masak bergantung
Buah cempedak melumut batang
Buah bacang mematah dahan.
(“Teromba Kampung”, dalam “Teromba”. Mohd Rosli Saludin, 2009)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Kata Kunci : habitat, ekosistem, pengkisahan peradaban/civilisational narrative, kepribumian, kependatangan, bangsa, kaum/community, kewajaran politik/political correctness, kewajaran sosial/social correctness).
Mohd Arof Ishak,
Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Pusat
Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur:
Ahli Majlis Lembaga Peradaban Melayu (ADAB)
17 Disember 2013