LEMBAGA PERADABAN MELAYU (ADAB)
  • Pengenalan
  • Kanun ADAB
  • CITRA ADAB
  • Berita ADAB
  • Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia
  • Buku-buku Terbitan
  • Permohonan keahlian
  • KETUANAN MELAYU
  • Umbaian Tekad Peradaban Melayu
  • Logo ADAB
  • 7 Wasiat Raja-Raja Melayu
  • Sejarah Malaysia di Media
  • Nusantara
  • NARATIF "PERADABAN GUGUSAN KEPULAUAN" MELAYU
  • Hubungi kami
  • Pautan "International Conference On Malay-Polynesian Ancestral Nations"
  • Pautan Arkib Negara Malaysia
  • Pautan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
  • Pautan Jabatan Muzium Malaysia
Picture
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Picture
Picture

LEMBAGA PERADABAN MELAYU
(No. 0548-11-WKL)
(PPM-013-14-08022011)

" Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"


Pengenalan

Tamadun Melayu adalah suatu Tamadun Kepulauan yang tertua. Ia berkembang dalam Gugusan Kepulauan Melayu yang terletak di pelangkahan Khatulistiwa serta berpangkal daripada Semenanjung Tanah Melayu yang melunjur daripada Tanah Besar Benua Asia.
Gugusan Kepulauan Melayu ini terdedah kepada iklim Tropis, putaran angin bermusim dan arus lautan yang kencang antara pulau, serta kehidupan alam semula jadi dan lautan yang amat kaya. Di sinilah berkembangnya satu Rumpun Bangsa Melayu, satu keturunan baka (DNA), satu bahasa, dan satu ragam budaya. Mereka hidup segar, rukun dan sejahtera, berlandaskan sikap yakin, tabah dan terbuka antara mereka dan alam semesta. Dengan landasan hidup sedemikian, mereka melahirkan suatu Tamadun Kepulauan (Archipelagic Civilisation) yang tersendiri dalam susila Peradaban Melayu yang lahir daripada pengalaman dan Pandangan Hidup (Worldview) kemanusiaan yang asali.
ALAM MELAYU
Secara zahir, Alam Melayu adalah Gugusan pulau-pulau serta Semenanjung Tanah Melayu yang didiami oleh Rumpun Bangsa Melayu semenjak zaman berzaman. Kepulauan ini serta lautan dan selat antaranya juga dikenali sebagai NUSANTARA (Nusa-antara-lautan). Inilah juga tanah air bagi Rumpun Bangsa Melayu yang berkongsi satu baka keturunan (DNA), persamaan adat-resam, satu bahasa dan budaya yang dipegang bersama. Peradaban yang tua inilah yang menjadi teras dan tunggak kepada negara-negara moden di Alam Melayu yang ada sekarang.
Picture
Peta Alam (Habitat) Melayu
----Sempadan Alam Melayu kini----
Alam Melayu adalah tanah ibunda bangsa Melayu, di mana tamadun serta peradaban Melayu berasal dan menghuni sebagai pribumi.
Asalnya, Alam Melayu meliputi juga pulau-pulau Taiwan, dan Hainan, dan wilayah-wilayah di tengah dan selatan Vietnam sekarang ini, dan juga Kemboja.
LEMBAGA PERADABAN MELAYU (Ringkasannya, ADAB)
Gelombang Globalisasi membawa berbagai tekanan dan cabaran kepada keutuhan semua negara dan bangsa. Begitu juga halnya dengan Malaysia. Menyedari cabaran sedemikian, LEMBAGA PERADABAN MELAYU, dengan nama ringkasnya ADAB, telah ditubuhkan bertujuan mengasuh anjakan minda Rumpun Bangsa Melayu bagi menghadapi segala tekanan dan cabaran semasa, berlandaskan kepada keluhuran Peradaban Melayu sebagai penggerak Semangat Kebangsaan Melayu.
ADAB akan menyelidik, mengkaji serta mengembangkan segala unsur penting dalam Peradaban Melayu yang telah bercambah zaman berzaman, supaya ia terus berkembang sebagai satu gelombang semangat bagi menyahut cabaran semasa. Dalam segala usahanya, ADAB akan bekerjasama di mana sahaja dengan institusi-institusi dan badan-badan yang sah.
ADAB adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh orang Melayu dan bumiputera dari berbagai peringkat umur. Ia dikelolakan oleh satu sidang PEWARIS dan ditadbir oleh sebuah MAJLIS yang dipilih oleh Mesyuarat Agung. Penaung bagi ADAB ialah seorang Raja Melayu yang memerintah dan Berdaulat. Urusan harian ADAB dipimpin oleh seorang Pendaftar ADAB.
Urustadbir ADAB dilaksanakan mengikut peruntukan KANUN Lembaga Peradaban Melayu.
Bagi melaksanakan tugas-tugas pokoknya, ADAB akan menubuhkan lima (5) Pusat Kajian seperti berikut:
    i)        Pusat Kajian Sejarah Bangsa Rumpun Melayu
    ii)       Pusat Kajian Kedaulatan, Nasionalisme Melayu, dan Kerajaan, Tanah Air, Kelautan dan Ekonomi Maritim
    iii)      Pusat Kajian Adat, Kebudayaan,  Kanun dan Perundangan Bangsa Melayu
    iv)      Pusat Kajian Pemikiran, Kepercayaan dan Susila, Pendidikan, Generasi Muda
    v)       Pusat Kajian Hubungan Bangsa Melayu Dengan Bangsa-bangsa  Asing, Kesatuan Negara-negara Melayu dan Alam Melayu, Diplomasi Melayu

Setiap Pusat kajian dipimpin oleh seorang Ketua Pusat Kajian.

Latarbelakang LPM (ADAB)

https://youtu.be/QVtJyBUHviM
Peti Surat B.2.1-4, Menara Wisma Sejarah, 230 Jalan Tun Razak, 50400 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Laman sesawang: www.lembagaperadabanmelayu.org
Powered by Create your own unique website with customizable templates.