KANUN
LEMBAGA PERADABAN MELAYU
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
MENGINGAT bahawa Bangsa Melayu dengan suku-sakatnya telah berada dan tersebar menduduki serta memerintah dalam Gugusan Kepulauan Melayu semenjak zaman berzaman;
MENGINGAT bahawa Kedaulatan Bangsa Melayu serta Raja-Raja Melayu dan Tanah Air Melayu terkenal dalam sejarah, dan diiktiraf sedemikian oleh semua bangsa yang berhubung dengannya;
MENGINGAT juga bahawa Bahasa Melayu tersohor sebagai lingua franca di Alam Melayu, dan diguna sebagai bahasa kanun dan bahasa diplomasi dalam hubungan semua bangsa dengan Bangsa dan Kerajaan Melayu;
MENGINGAT lagi bahawa keutuhan Kedaulatan Bangsa, Raja-Raja, Tanah Air serta Bahasa Melayu, dijiwai oleh semangat yang mendukung peradaban luhur yang dihayati sepanjang zaman; dan keutuhan ini terukir dalam Perlembagaan Malaysia yang sediada;
MEMANDANGKAN bahawa gerakan Globalisasi sedang menjalar ke seluruh dunia dengan doktrin persamaan hak, kedaulatan dan tanggungjawab bagi semua manusia tanpa mengira bangsa dan negara;
BIMBANG kerana gerakan ini telah diangkat oleh berbagai pihak di dalam dan di luar negara untuk mencabar serta menekan kepimpinan negara Malaysia supaya akur dan mengamalkan cara globalisasi secara menyeluruh; dan
BERTAMBAH BIMBANG kerana kepimpinan Bangsa Melayu dalam kerajaan dan dalam parti politik semuanya telah memperlihatkan kelemahan semangat untuk mempertahankan kedudukan serta keistimewaan dan kedaulatan Bangsa Melayu, Raja-Raja dan Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia; dan kerana Bangsa Melayu merasa tercabar dan tidak selamat di Tanah Air sendiri;
MAKA DENGAN YANG DEMIKIAN, sesungguhnya kami yang menurunkan tandatangan bersama pada Kanun ini membuat keputusan untuk menubuhkan suatu badan bergelar Lembaga Peradaban Melayu sebagai Pewaris dan Pemegang Amanah, dengan tujuan mendukung serta memelihara Peradaban Melayu sebagai Umbaian Tekad Peradaban yang menjiwai Semangat Kebangsaan Melayu, dengan harapan Lembaga ini beroleh restu dan sokongan daripada semua lapisan Bangsa Melayu dan Pribumi yang tercinta.

TUJUAN
Memelihara dan menyegarkan Semangat Kebangsaan Melayu.
- Menjadi pewaris dan pemegang amanah bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan peradaban Bangsa Melayu dengan bekerjasama dengan badan-badan dan institusi-institusi Melayu yang lain yang mempunyai hasrat yang sama.
- Mewujudkan pangkalan khazanah untuk mengumpul serta menyimpan segala jenis persuratan dalam bentuk, dan benda yang berkaitan dengan Peradaban Melayu.
- Menyelidik dan mengkaji berkenaan segala hal yang berkaitan dengan sejarah Bangsa Melayu dan Tanah Airnya, kemajuan budaya dan cara hidup, kedaulatan serta pemerintahan, pemikiran, kepercayaan serta fahaman, bahasa, pergaulan serta hubungannya dengan bangsa dan budaya serta peradaban asing.
- Mengeluarkan hasil kajian serta pengamatan tentang peradaban Melayu dalam sebarang bentuk yang sesuai dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan Bangsa Melayu tentang peradabannya serta mengasuh kelestarian Semangat Kebangsaan Melayu.
- Di mana perlu dan sesuai ADAB akan menyembahkan buah fikiran serta pendapatnya kepada Raja-Raja Melayu dan menyampaikan kepada kepimpinan Bangsa Melayu dan dan Pribumi bagi perhatian mereka.