NARATIF "PERADABAN GUGUSAN KEPULAUAN" MELAYU
Nota:
Pandangan ringkas ini ditulis dalam rangka kerja Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) untuk mengenal semula Peradaban Gugusan Kepulauan (Archipelagic Civilization) Melayu di Tenggara Asia.
Tujuan:
Tulisan ini bertujuan mengghairahkan semangat dan kesetiaan Rumpun Bangsa Melayu kepada keunggulan peradabannya sebagai tonggak dan pedoman pandangan hidup (worldview) bagi menghadapi cabaran serta gejala globalisasi dalam Alaf ke-21 ini.
Pendekatan:
Tulisan ini mencerita, secara ringkas, umbaian Peradaban Gugusan Kepulauan dari sudut pandangan berikut:
a. Gugusan Kepulauan Melayu - (Malay Archipelago)
b. Penduduk asal di Kepulauan ini
c. Sosio-budaya penduduk asal
d. Bahasa penduduk asal
e. Pandangan hidup (worldview) penduduk asal
Pendekatan ini melihat Peradaban Kepulauan Melayu sebagai suatu umbaian unsur-unsur yang melahirkan persamaan nilai dan pedoman hidup (worldview), yang sangkut-berpaut antara satu dengan yang lain, yang telah melahirkan suatu Peradaban Gugusan Kepulauan Melayu (Malayan Archipelagic Civilization) yang unggul serta sesuai dengan keperluan.
a. Gugusan Kepulauan Melayu
Gugusan Kepulauan di Tenggara Asia ini terbentuk semenjak keruntuhan pelantar bumi Lapisan Sunda di sebelah timur, lebih daripada 1.7 juta tahun dahulu. Keruntuhan itu telah memisahkan Lautan Teduh dengan gugusan kepulauan, termasuk Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi hulu kepada gugusan kepulauan tersebut. Semenjak penduduk asal dari Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan ini berhubung dengan bangsa-bangsa asing, kepulauan ini dipanggil oleh mereka dengan gelaran Gugusan Kepulauan Melayu (Malayan Archipelago – gugusan kepulauan yang diduduki oleh orang berketurunan Melayu) terutama setelah terbentuknya Kerajaan Srivijaya pada awal kurun ke-6 Masehi.
Gugusan Kepulauan Melayu mengandungi lebih daripada 40,000 pulau - kecil dan besar, berselerak dalam negara morden Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, dan Singapura. Yang terbesar antaranya adalah Borneo, dan yang terkecil terdapat di perairan Halmahera dan Natuna. Lebeh daripada 14,000 pulau didiami oleh manusia asal dari zaman kuno hingga sekarang. Yang memisahkan, serta yang juga menghubungkan mereka , adalah selat yang dalam dan sempit antara pulau-pulau. Tetapi dengan Benua Asia, mereka terpisah oleh Selat Melaka dan lautan di Selatan negeri China. Inilah jalur selat/lautan yang menghubungkan penduduk asal di kepulauan dengan penduduk di China, Jepun, dan Korea di sebelah Timur; dan dengan Hindia, Arab, Parsi, Afrika, dan Erupah di sebelah Barat.
Gugusan Kepulauan Melayu terletak di-kangkang khatulistiwa dengan hawa panas dan lembab sepanjang tahun. Yang demikian, tanahnya amat subur dengan pelbagai tumbuhan dan haiwan ( flora dan fauna ).Tambahan pula dengan kerak bumi yang kaya dengan berbagai logam, seperti emas, perak, timah dan dan batu-batan berharga, maka penduduk asalnya dari awal lagi telah berjaya mendirikan Tamadun dan Peradaban Kepulauan yang kental dan sohor, mendahului tamadun muara dan pendalaman benua di lain pelusuk dunia.
a. Penduduk asal di Kepulauan ini
Banyak teori telah di kemukakan berkenaan dengan asal usul penduduk di Gugusan Kepulauan Melayu. Semuanya bermula dengan kajian perpindahan manusia dari benua Afrika mengikut pertalian DNA atau baka manusia di zaman ini. Malangnya tiada bukti yang
boleh diangkat sebagai sahih tentang kebenaran teori demikian. Bagaimana pun daripada sumber arkeologi, sejarah, budaya dan Bahasa, serta kajian DNA yang dibuat oleh sarjana tempatan dan antarabangsa, maka boleh diambil kesimpulan bahawa penduduk asal di Gugusan Kepulauan Melayu sudah ada hampir 100 ribu tahun dahulu dengan penemuan rangka manusia di tanah Jawa, di Semenanjung, Borneo, Sumatera, Filipina dan lain-lain, sebagai bukti bahawa manusia purba telah menduduki Kepulauan ini dengan sifat-sifat tersendiri dan tidak berkaitan dengan manusia dalam tamadun dan peradaban lain. Malah ada tanda-tanda yang menunjukkan manusia di Benua Asia yang berdekatan, serta yang berada di Lautan Teduh, jika di lihat daripada data-data yang digunakan dalam kajian kepada orang-orang di Kepulauan ini, mereka adalah keturunan daripada penduduk asal di Gugusan Kepulauan Melayu. Mereka adalah manusia serumpun dengan penduduk asal di Kepulauan ini.
b. Sosio-budaya penduduk asal
Berikutan daripada kehadiran manusia di Kepulauan ini, terdapat pula kesan yang mereka telah membentuk masyarakat, dan kemudiannya bernegeri, mulai belasan ribu tahun sebelum Masehi. Mereka menyesuaikan diri, serta membina masyarakat dengan gaya dan cara hidup yang disesuaikan dengan keadaan alam-sekitar gugusan kepulauan. Mereka berjelajah antara pulau, mendirikan kampong air di muara-muara sungai, dan di lereng-lereng bukit, yang didapati sesuai dengan keadaan kepulauan yang terlindung ,serta perairan yang kaya , dan alam bermusim. Mereka membentuk kerajaan-kerajaan kepulauan dari zaman kuno dan memberi nama kepada tempat jajahan mereka sebagai Tanah-Air – iaitu pendudukan yang terdiri daripada pulau dan lautan. Bagi mereka perpindahan antara pulau dalam gugusan kepulauan ini adalah kebiasaan yang dianggap sebagai pindah-randah (iaitu system “transmigrasi” antara pulau dalam jajahan Belanda) dan tidak dianggap sebagai “ pendatang “ dari luar Kepulauan. Mereka menerima dan diterima sebagai rakyat Kerajaan tempatan yang tidak dipertikai.
Bagi tujuan kelestarian masyarakat pula, mereka mengadakan peraturan dan adat-lembaga untuk kedamaian dan kemakmuran bersama. Mereka mengadakan hubungan kerabat, budaya, serta nilai dan pedoman hidup dari zaman kuno kepada zaman pengaruh Hindu, Buddha dan Islam. Meraka juga berkongsian ilmu perairan dan pelayaran antara pulau dan dengan lautan lepas yang bergelora dan bermusim; yang mereka sahaja yang boleh menungkahnya dengan perahu, kapal , serta sauh dan layar yang dibina sendiri. Maka timbul ikatan kerabat antara penduduk dalam negeri-negeri kepulauan sebagai satu rumpun manusia dengan satu ragam budaya, satu rumpun Bahasa.
Mereka berkongsi Ilmu perairan dan pelayaran daripada pengalaman hidup dalam sebuah gugusan kepulauan yang unik sifat dan kelazimannya dan tiada lain sepertinya. Dengan kekayaan sumber alam, budaya, bahasa, serta ilmu pelayaran hampir 4 ribu tahun sebelum Masehi, pelaut dari Kepulauan ini merantau ke timur dan barat Benua Asia. Mereka gunakan kekayaan hasil bumi seperti emas, perak, timah, serta hasil lautan seperti mutiara kunyit, dan herba untuk keperluan hidup. Dengan hasil-hasil ekzotik demikian, mereka mula belayar dan berniaga ke negeri India dan ke negeri Arab, Madagascar, dan Somalia di Afrika. Dalam waktu berikutnya, pada musim angin barat-daya pula, pelaut dari Kepulauan berniaga ke Jepun dan Korea. Dalam “zaman pertengahan” di Erupah , rempah-ratus yang berasal dari Gugusan Kepulauan Melayu telah menjadi barangan yang paling berharga yang diperlukan oleh peradaban Erupah.
Kerananya, pedagang Hindia telah mengawal monopoli dagangan rempah-ratus dengan cara tekanan budaya keatas kerajaan-kerajaan di Kepulauan Melayu. Hingga 500 tahun sebelum Masehi orang India, baik yang berugama Hindu mahu pun yang berugama Buddha, menguasai perdagangan orang asal di Gugusan Kepulauan Melayu. Dalam tempuh itu Bahasa dan Budaya di kepulauan telah dipengaruh oleh unsur-unsur Hindu-Buddha and bahasa Sanskrit. Hinggakan Kepulauan ini dikenal umum dengan gelaran Kepulauan Hindia Timur hingga ke zaman kebangkitan Kerajaan Kedah, dan kemudian Kerajaan Srivijaya. Kemuncak
daripada kebangkitan ini berakhir dengan kejatuhan Kesultanan Melaka. Amat ketara bahawa dalam zaman itu, pengaruh peradaban China di Kepulauan ini hampir tidak ada, melainkan tersekat di kawasan Indochina, yang hingga sekarang menjadi batasan antara pengaruh peradaban India dan peradaban China – iaitu di wilayah Indo-China.
c. Pandangan hidup (worldview) penduduk asal
Setelah terbentuknya Kerajaan Melayu Srivijaya pada awal abad ke-6 Ms, timbul pengenalan peradaban kepulauan di Tenggara Asia ini sebagai Peradaban Gugusan Kepulauan Melayu dengan sifat-sifat teras seperti: penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, seni-budaya yang serupa, budaya perdagangan bersama, satu Rumpun Bangsa Melayu yang terdiri daripada semua suku-bangsa didalamnya, penguasaan ilmu perairan dan pelayaran bersama, dan persamaan nilai dan pedoman hidup (worldview). Dalam zaman ini juga Bangsa Melayu bukan saja berkemkbang di Kepulauan, tetapi juga melata ke daerah pesisiran Benua Asia dan Lautan Teduh dan Hindia.
Bermula daripada zaman kuno kepada zaman pertengahan, pengaruh Hindu dan Buddha telah mewarnai budaya dan pandangan hidup Bangsa Rumpun Melayu. Dalam tempoh itu tidak ada gejala paksaan yang digunakan pihak pendatang. Kerajaan di Kepulauan sedia menerima apa saja yang sesuai dengan minda dan peradaban kepulauan, tetapi menolak (jarang sekali dengan kekerasan- kecuali di Lembah Bujang) apa saja yang tidak sesuai dengan cara hidup serta nilai mereka.
Begitu juga dengan kedatangan orang Arab di Kepulauan ini. Mereka diterima baik untuk berniaga setelah monopoli Hindia dipecahkan oleh peradaban Islam di India dan di Kepulauan Melayu. Orang asal di Kepulauan menerima peradaban Islam pada awal zaman Kerajaan Srivijaya apabila agama itu tidak dipaksa dan setelah ia dinilai sesuaikan dengan Peradaban Kepulauan Melayu yang sedia ada. Demikianlah sifat Peradaban Kepulauan Melayu , “ berlembut di hati, berpanjang pandangan “.
Berlainan halnya dengan pencerobohan negara Barat dengan kedatangan Armada Portuguese di Oman, Goa, dan Melaka. Mereka datang untuk berperang bagi mendapatkan rempah-ratus dan kekayaan di Kepulauan Melayu, kononnya dengan cara “perdagangan
bebas” buatan mereka sendiri. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dengan menukar minda dan pedoman hidup penduduk asal dengan kepercayaan agama Katolik yang telah dipesongkan oleh peradaban Rom di Constantinople. Pendeknya mereka datang ke Gugusan Kepulauan Melayu bukan semata untuk berdagang, melainkan untuk menjajah dan berkuasa supaya mereka boleh berdagang dengan bebas !
Kesimpulan
1. Bahawa Gugusan Kepulauan di Tenggara Asia ini telah didiami oleh manusia hampir 100 ribu tahun sebelum Masehi. Mereka adalah penduduk asal di Kepulauan ini.
2. Penduduk asal menyesuaikan diri dengan alam-sekitar, dan mula membina tamadun dan peradaban sendiri hampir 30 ribu tahun dahulu seperti yang terbukti dalam penemuan arkeologi di Lembah Lenggung, Mulu, dan lain-lain tempat di Gugusan Kepulauan ini; biarpun sorotan penyelidik Barat hanya menunjukkan peradaban Funan, Pagan, Nam Viet, Champa, dan Srivijaya sahaja yang terdapat di Tenggara Asia dalam zaman 3,000 tahun sebelum Ms hingga 1,000 tahun selepas Ms ; sedangkan peradaban Lembah Indus, Chola, Palava disebut di India; dan Han, Nancha, Khitan serta Jepun di sebut di Asia Timur dalam tempuh yang sama. Kita boleh mencurigai kena apa Tamadun Kepulauan Melayu yang unik ini tidak diberi perhatian oleh para ilmuan.
3. Penduduk asal di sini telah mendirikan masyarakat, dan Kerajaan-Kerajaan negeri, yang disesuaikan dengan keunikan alam persekitaran Gugusan Kepulauan yang terdedah kepada badai topan dan lautan bermusim, serta hawa khatulistiwa, yang amat berbeza daripada alam sekitar di Kepulauan Aegean di Lautan Tengah. Di Gugusan Kepulauan Melayu peradaban tidak pernah di kuasai oleh Kuasa Daratan seperti halnya dengan peradaaban Yunani. Maka itu, Peradaban Kepulauan Melayu tidak diterima sebagai sebuah peradaban kepulauan oleh Barat kerana tidak bersifat sebuah peradaban Thalassocracy. Dan lagi, ilmuan Orientalis tidak berniat untuk menegakkan Peradaban Kepulauan Melayu sebagai peradaban kepulauan kerana usaha demikian akan bertentangan dengan kepentingan penjajahan Barat di Tenggara Asia.
Peradaban Kepulauan Melayu adalah perkara penting yang harus dikaji oleh ilmuan Melayu Nusantara supaya Tamadun dan Peradaban Gugusan Kepulauan Melayu / Nusantara dapat diperkenal dengan jelas dan saksama.
4. Pencerahan demikian, termasuklah perkara nilai dan pandangan hidup yang ada pada penduduk asal dalam membangunkan peradaban kepulauan. Persamaan progeny, dan bahasa induk, ilmu perairan serta perkapalan telah membawa kepada zaman perdagangan rempah-ratus yang tersohor kepada Peradaban Kepulauan Melayu - serta menjadi sumbangan mereka kepada zaman pelayaran di Barat ( Age of Discovery ), yang pula membawa kepada pencerobohan serta penjajahan di Gugusan Kepulauan Melayu.
Satu daripada beberapa peninggalan Peradaban Kepulauan Melayu yang masih ada, dan yang harus dipertahankan, adalah ribuan Kampung Air yang berselerak di Kepulauan ini. Kedudukan khazanah peradaban ini harus dipelihara dan dipertahankan sebagai pengenalan kepada Peradaban Kepulauan Melayu dan tumpuan perdagangan pelancungan bagi Komuniti ASEAN.
5. Hingga ke hari ini, Bahasa Melayu masih menjadi bahasa ibunda di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Begitu juga dengan halnya di beberapa daerah di Lautan Teduh, Lautan Hindi dan Benua Asia. Beberapa universiti di dunia telah mula mengadakan pengajian budaya dan Bahasa Melayu. Malangnya semenjak Merdeka tidak ada usaha bersungguh oleh Kerajaan Malaysia untuk mendirikan Pusat Bahasa dan Pengajian Melayu di luar negeri
Sudah tiba masanya Malaysia mengadakan Pusat Bahasa atau Pengajian Melayu di negara-negara tertentu sebagai pusat pengenalan akan Peradaban Melayu – tidak hanya mengharapkan negara luar berbuat demikian.
Dan lagi, Bahasa Melayu hendaklah dijadikan sebagai bahasa resmi dalam ASEAN, dan diangkat semula sebagai bahasa perdagangan dalam Komuniti yang sedang dibangun sekarang.

Tan Sri Dato’ Mohd Yusof Hitam
Pengerusi Majlis
Lembaga Peradaaban Melayu (ADAB) : Kuala Lumpur, 27hb. Julai 2015