SATU PANDANGAN
BAHASA MELAYU DENGAN BAHASA INDONESIA
Polemik Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia sering timbul.
Dalam menyatakan perkara ini, saya memilih tajuk “Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia”; dengan itu membawa maksud bahasa yang sama, yang bersaudara. Saya tidak menggunakan tajuk “Antara Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia”, kerana antara itu membawa maksud dua yang bertentangan, yang perlu dibuat pilihan.
Menyatakan bahasa yang besaudara itu adalah hakikat, dengan mengenali latarbelakang sejarah istilah, sejarah peradaban, dan sejarah bahasa.
Sejarah istilah
Sejarah istilahnya ialah berkenaan istilah melayu itu sendiri. Dalam sejarah moden, istilah melayu muncul daripada peristiwa dahulu kala, dari 500 tahun dahulu, apabila orang bangsa Eropah datang ke Asia Tenggara sebagai penakluk, dan pengembara. Sampai ke sini, mereka mengenali satu bangsa pribumi di wilayah ini dengan nama melayu, khususnya setelah mereka berlabuh dan menakluk kota kesultanan Melayu Melaka, tahun 1511 dahulu.
Setelah mengenali orang Melayu Melaka, bangsa Inggeris khususnya dan bangsa Eropah lain seperti Sepanyol dan Belanda umumnya, mengenali pulau-pulau di Asia Tenggara ini sebagai pulau-pulau Melayu, yang mana bangsa pribuminya dilihat mereka seragam rupa paras, bahasa, dan budaya mereka. Ferdinand Magellan, mengepalai pelaut bangsa Sepanyol yang pertama sekali sampai ke pulau di Filipina 500 tahun dahulu, menemui di sana apa yang dikatakannya sebagai “malayan customs” (“adat jenis Melayu”) - seperti di kota Melaka. Magellan pernah berada di kota Melaka sebagai salah seorang soldadu angkatan perang Portugis yang menawan kota Melayu Melaka tahun 1511. Dan, memang beliau mengenali melayu dan identiti melayu.
Pencatit-pencatit sejarah bangsa Cina di negara China zaman silam dahulu menggunakan istilah wu-lai-yu (melayu) bagi merujuk kepada orang-orang pribumi di pulau-pulau di Asia Tenggara ini.
Maksudnya, daripada sudut sejarah istilah, nyatanya ialah melayu/malay adalah identiti umum yang dikenali kalangan antarabangsa mengenai bangsa pribumi di pulau-pulau di Asia Tenggara ini. Istilah melayu, malay, atau malayan atau wu-lai-yu itu meliputi semua pribumi di pulau-pulau di Asia Tenggara ini. Maka, bangsa Inggeris menamakan semua pulau-pulau di Asia Tenggara ini sebagai Malay Archipelago (Kepulauan Melayu) atau Malayan Archipelago (Kepulauan jenis Melayu). Sah, bahawa rujukan melayu itu telah menjadi satu international convention/accepted usage (amalan antarabangsa).
Sebagaimana, Melaka Strait (Selat Melaka) juga adalah satu international convention, yakni satu identiti yang dikenali antarabangsa; dan, satu identiti yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Tiada sesiapa yang mempertikaikan kenapa selat itu tidak dikenali sebagai Sumatra Strait (Selat Sumatera), umpamanya. Begitu juga istilah seperti Java Sea (Laut Jawa) ia juga satu convention, yang telah diterima pakai oleh semua (bukan, Laut Kalimantan, umpamanya).
Jadi, sejarah istilahnya ialah melayu/malay/malayan adalah istilah definitif serantau yang telah diguna umum.
Sejarah Peradaban
Setelah dikenali istilah melayu, malay dan malayan dalam mengenali bahasa dan bangsa pribumi di pulau-pulau Asia Tenggara ini, kita pergi setingkat lagi dengan memengerti dengan melayu, malay atau malayan itu bukan sekadar satu identiti bangsa dan dan satu identiti bahasa, ia adalah juga merujuk kepada satu identiti budaya dan peradaban pribumi di pulau-pulau Asia Tenggara ini.
Satu bangsa, satu bahasa, satu budaya, dan satu peradaban.
Dan, dikenali juga oleh sarjana antarabangsa bahawa kelompok bangsa, bahasa, budaya, dan peradaban pribumi yang satu di Asia Tenggara ini melepasi Kepulauan Melayu di Asia Tenggara ini ke timur menyeberangi Lautan Pasifik, dan ke barat melintasi Lautan Hindi ke Pulau Madagascar. Dan, bangsa, bahasa, budaya, dan peradaban yang tersebar amat luas sekali ini telah lama dikenali sebagai Malayo-Polynesian (Melayu-Polinesia), satu istilah yang meluas digunakan antarabangsa. Sekali lagi ia menunjukkan teras kepada istilah identiti ini adalah melayu/malayo. Sekali lagi, istilah melayu/malay merupakan satu istilah definitif serantau, malah lebih luas wilayah rantaunya.
Sejarah Bahasa
Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia, iaitu fokus utama kepada penghuraian ini.
Di Malaysia, walaupun wilayahnya kecil berbanding Indonesia, namun bahasa Melayu itu pelbagai juga, khususnya dalam sebutan dan juga istilah. Maka, ada bahasa Melayu Perak, bahasa Melayu Kelantan, bahasa Melayu Terengganu, bahasa Melayu Sarawak, dll. Tetapi, sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu yang dipakai (daripada identiti sebutan) ialah bahasa Melayu Johor-Riau. Maka, bahasa Melayu Johor-Riau inilah yang boleh dikatakan jika mengikut gaya Indonesia, sebagai Bahasa Malaysia; sebenarnya, sebagai bahasa kebangsaan ia adalah Bahasa Melayu Nasional.
Di Indonesia, akibat wilayahnya yang sungguh luas, jenis-jenis bahasa Melayunya jauh lebih pelbagai, dan setiap satunya mempunyai nama masing-masing, dan perbezaan antara pelbagai bahasa ini amat besar sekali. Semua bahasa-bahasa ini adalah tergulung sebagai jenis-jenis bahasa Melayu kerana dikenali antarabangsa sebagai bahasa-bahasa Malayo-Polynesian (Melayu-Polinesia), malayo itu bermaksud jenis Melayu.
Walaupun istilah Austronesian sekarang lebih kerap digunakan untuk Malayo-Polynesian, istilah Malayo-Polynesian tetap wujud, kerana ada perbezaan makna/maksud antara Malayo-Polynesian dan Austronesian; istilah Austronesian mencakupi pribumi di Pulau Taiwan yang juga bangsa serumpun dengan pribumi di Kepulauan Melayu, manakala istilah Malayo-Polynesian tidak memasukkan pribumi Taiwan, akibat perkiraan teknikal sedikit berkenaan bahasa.
Di Indonesia Bahasa Melayu adalah bahasa suku Melayu, iaitu satu daripada ratusan suku-suku bangsa di Indonesia. Daripada Bahasa Melayu suku Melayu itulah terbangun menjadi satu Bahasa Indonesia.
Di Indonesia, Bahasa Melayu yang asal itu tidak dijadikan sebagai Bahasa Melayu Nasional.
Sebaliknya, istilah Bahasa Indonesia dicipta. Walaupun ketika itu, iaitu tahun 1926-1928, bahasa yang jelas akan diangkat menjadi asas Bahasa Indonesia itu adalah Bahasa Melayu. Ia tidak disebut sabagai bahasa kebangsaan, tetapi sebagai bahasa persatuan di Indonesia.
Bahasa yang dinobatkan sebagai Bahasa Indonesia itu dibangunkan dengan tujuan yang terancang untuk menjadikannya bahasa yang lebih besar, lebih kaya, dan lebih agung, dan nasional, supaya ia menjadi ‘lain’ daripada bahasa daerah/suku yang asalnya, iaitu Bahasa Melayu suku Melayu (yang dikenali di Malaysia sebagai bahasa Melayu Johor-Riau).
Memang sesungguhnya Bahasa Indonesia sekarang bukannya lagi sepenuhnya seperti Bahasa Melayu seperti ianya masih wujud dalam masyarakat suku Melayu di Indonesia.
Bahasa Indonesia lebih kaya perbendaharaan katanya kerana ia terus dibangunkan, manakala Bahasa Melayu suku Melayu kekal dan terus berperanan sebagai satu bahasa yang tradisional sahaja, kerana fenomenon pertemuan bahasa dengan dunia moden adalah suatu yang nasional dan dengan itu disua muka (interface) oleh Bahasa Indonesia.
Malah, dalam konteks domestik sekali pun Bahasa Indonesia terus membangun dan mengunggul, berbeza terus daripada Bahasa Melayu tradisional, dengan begitu banyaknya terbit akronim misalnya, suatu yang tidak dikenali dalam bahasa tradisonal suku Melayu di sana. Manakala, sebutan dalam Bahasa Indonesia berbeza langsung daripada sebutan Bahasa Melayu asal di Indonesia.
Maka, dinyatakan dengan rasminya di Indonesia bahawa Bahasa Indonesia bukanlah Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu di Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidaklah sama situasinya dengan Bahasa Melayu suku Melayu di Indonesia, kerana sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia Bahasa Melayu terus dibangunkan dengan pertembungan dengan dunia moden. Di Malaysia Bahasa Melayu adalah bahasa nasional dan pembangunan Bahasa Melayu diperingkat nasional menyerap ke dalam Bahasa Melayu negeri-negeri, dan lain-lain bahasa dalam masyarakat Rumpun Melayu (yakni, bahasa-bahasa pribumi di Sabah dan Sarawak) sebagai bahasa mereka juga. Bahasa Melayu daerah/negeri terus wujud di Malaysia.
Jadi, Bahasa Indonesia adalah suatu jenis bahasa yang unik. Kerana, dalam keluarga besar bahasa Malayo-Polynesian, atau Austronesian (malah, dalam semua keluarga besar bahasa-bahasa di dunia) setiap bahasa yang ada di dalam keluarga itu berkait dengan satu suku bangsa dalam keluarga besar bangsa berkenaan. Umpamanya, bahasa Dayak berkait dengan suku Dayak. Tetapi, Bahasa Indonesia tidak berkait dengan sebarang suku bangsa - Bahasa Indonesia adalah satu bahasa nasional yang dibangunkan sendiri. Barangkali, tidak ada di mana-mana negara sekali pun di dunia, di mana dibangunkan satu bahasa ‘khas’, sebagai satu bahasa nasional.
Namun begitu, sebagai bahasa nasional sekali pun, Bahasa Indonesia tidak dapat tidak terkait juga sebenarnya dengan suatu bahasa asal suatu suku bangsa di negeri itu. Dan, daripada teras bahasa asal suku bangsa itu juga ia dibangunkan sebagai satu bahasa nasional. Jadi, berdasarkan hakikat ini, Bahasa Indonesia, walau pun sebagai satu bahasa nasional, adalah juga satu jenis bahasa yang daripada jenis malayo, seperti yang dapat difahami dalam istilah Malayo-Polynesian seperti yang telah dinyatakan di atas.
Maka, dengan itu tidaklah perlu dalam polemik Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia untuk dicari satu nama baru untuk digunakan bersama untuk merujuk kepada dua bahasa nasional ini. Kedua-dua bahasa nasional boleh sahaja dirujuk terus sebagai Bahasa Melayu-Indonesia (Malay-Indonesian), atau Bahasa Indonesia-Melayu (Indonesian-Malay) sebagai istilah untuk kegunaan antarabangsa, umpamanya dalam kelompok negara-negara ASEAN.
Atau pun, kedua-dua bahasa ini dirujuk bersama sebagai Malayo (yakni, jenis Melayu) sahaja, iaitu kelompok induk kepada kedua-dua bahasa ini, mengikut pengkelasan oleh ahli bahasa akademik sedunia.
Mohd Arof Ishak
Ahli Majlis, Lembaga Peradaban Melayu (ADAB)
12 Dis. 2022