Sebahagian ahli Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-9 di KGPA pada 16 Ogos 2020. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pewaris dan Timbalan Pengerusi Majlis ADAB, Dato' Ghazali Mohd Yusoff. Turut diundang ialah Prof. Madya Dr Shamrahayu yang menyampaikan ucaptama dalam MAT-9 kali ini.
Perlembagaan Malaysia dan Negeri-Negeri wajib dipertahankan.
Kuala Lumpur. 16 Ogos 2020.
Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) menolak sebarang usaha untuk melemahkan, apatah lagi menghapuskan, Kedaulatan dan Kuasa pada Raja dan Majlis Raja Raja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Negeri-Negeri. Ia wajib dipertahankan.
Perlembagaan Malaysia dan Negeri-Negeri adalah Tekad Tertinggi, dan wajib dipertahankan sebagai landasan untuk membangun sebuah Negara yang aman, maju yang adil dan saksama; dan selamat daripada ideologi Globalisasi serta berupaya mengambil tempat yang sesuai dalam masyarakat antarabangsa, sesuai dengan Fitrah Allah S.W.T. ADAB ingin melihat sejarah dengan Naratif huraian daripada sudut pandangan Rumpun Bangsa Melayu Pribumi.
Dalam hal ini, ADAB mengambil sikap bahawa dinamika penggerak suatu Bangsa terikat kepada eko-alami, dan juga kepada Peradaban kejiranannya. Maka tiada niat bagi ADAB melihat sejarah daripada sudut kemegahan atau permusuhan; melainkan dengan harapan supaya timbul semangat hormat, kasih sayang, kesetiaan dan keadilan yang saksama dalam Kerajaan dan Bangsa Malaysia (Persekutuan Negeri-Negeri Tanah Melayu).
Bersama kita amati kata orang tua-tua:
"Kalau tak kenal, maka tak sayang;
Kalau tak sayang, maka tak cinta;
Kalau tak cinta, maka tak setia;
Kalau tak setia, maka kacau roba"
Setia Negara harus peka; tujuan harus jelas; kemakmuran harus selamat; dan kemakmuran harus "adil dan saksama".
ADAB yakin kepada imbauan dan Naratif sejarah yang tepat dan bijaksana boleh melahirkan semangat kasih sayang, kesetiaan, dan kejujuran untuk berdepan dengan ideologi Globalisasi dan geo-politik dunia bagi melindungi Negara ini daripada ideologi Globalisasi yang sesat dari jalan kebenaran bagi manusia sejagat.
ADAB amat mengharapkan kerjasama yang berkesan daripada semua Ahli dan penyokong untuk menjayakan CITRA ADAB, sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Pendirian dan hasrat ADAB ini dihuraikan dengan jelas di dalam buku terbitan terbarunya "CITRA ADAB - Umbaian Tekad Peradaban Melayu" yang turut dilancarkan semasa Mesyuarat Agung Tahunannya.
BUKU CITRA ADAB

ADAB mengalu-alukan penglibatan Golongan Belia
Kuala Lumpur. 16 Ogos 2020.
Lembaga Peradaban Melayu berhasrat mendekati golongan belia, dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan generasi yang bakal menerajui dan memangkin kesejahteraan negara pada masa hadapan, dalam kerjasama mewujudkan generasi yang menghormati prinsip Perlembagaan Persekutuan seterusnya mempertahankan kedaulatan negara.
ADAB berpendapat golongan muda perlu didedahkan dengan identiti pembangunan negara yang sebenar dan tidak terbawa-bawa dengan Ideologi barat. Generasi muda perlu dibimbing mengenai asal usul dan cabaran semasa yang boleh menghakis nilai-nilai murni budaya dan peradaban timur, disamping mengasah anjakan minda rumpun Bangsa Melayu di negara ini.
Oleh yang demikian, ADAB mengalu-alukan penglibatan anak-anak muda untuk menjadi ahli ADAB. ADAB juga bersedia berkerjasama dengan mana-mana individu atau pertubuhan yang sealiran dengannya.
Biro Belia ADAB turut diwujudkan dalam Mesyuarat Tahunan Ke-9 nya. ADAB bakal menganjurkan aktiviti-aktiviti berkaitan bagi mendokong tujuan tersebut.
Borang Keahlian

Liputan Media
Bernama TV
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3471216669565199&id=167047123315520
Bebas News
https://bebasnews.my/?p=41937
Bernama news
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1870842

Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu-individu yang terlibat mecemar lukisan-lukisan mural pemimpin-pemimpin negara.
Kuala Lumpur. 16 Ogos 2020.
Mesyuarat Agung ke-9 Lembaga Peradaban Melayu hari ini, agar selaras dengan CITRA ADAB sebab asas tindakan Lembaga Peradaban Melayu adalah mengusulkan supaya tindakan tegas diambil terhadap orang-orang yang telah mencemar lukisan-lukisan mural di Seksyen U12, Shah Alam terhadap wajah DYMM YDP Agong dan pemimpin-pemimpin negara serta mengenakan tindakan undang-undang dan hukuman yang sewajarnya.
Lembaga Peradaban Melayu mengutuk sekeras-kerasnya semua tindakan yang mencemar nama dan kedudukan DYMM YDP Agong sebagai Ketua Negara Malaysia.

Sumber Sarawak Voice
https://sarawakvoice.com/2020/07/21/conteng-mural-laporan-polis-dibuat-individu-terbabit-dikutuk-keras/
Sumber The Star
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/07/20/murals-of-leaders-removed-after-sprayed-with-red-paint
Sumber BH online
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/715952/kes-conteng-mural-selesai-dalam-masa-terdekat
Sumber Malaysiagazette.com
https://malaysiagazette.com/2020/07/11/al-sultan-abdullah-berkenan-bergambar-bersama-mural-gergasi-baginda/

Aktiviti
ATAS PERKARA: AKTA HASUTAN 1948, AKTA NO.15

sidang_akhbar_teks.pdf | |
File Size: | 1033 kb |
File Type: |
Projek Usahasama Penerbitan Dokumentari TV Sejarah Bangsa Melayu di Nusantara (Jan 2019)
Sembang Santai bersama Generasi Muda (Jan 2019)
SEMINAR ANTARABANGSA PERADABAN MELAYU
RAKYAT, RAJA DAN KERAJAAN
TARIKH : 19 -20 NOVEMBER 2014
MASA : 19 November (Rabu) 8.00am-5.00pm (8.00am - 9.00am : Pendaftaran)
: 20 November (Khamis) 9.00am - 5.30pm
TEMPAT : Institut Diplomasi dan Hubungan Luar
Jalan Wisma Putra, 50460 Kuala Lumpur.

Pembentang Kertas Kerja di Seminar Antarabangsa Peradaban Melayu: Rakyat, Raja dan Kerajaan:
1. Sekapur sirih.
Tan Sri Dato' Mohd Yusof Hitam, Pengerusi Majlis ADAB
2. Dari Waad kpd Raja Berpelembagaan: Sendi Pemerintahan Negara Malaysia
Prof Datuk Dr Zainal Kling, COLGIS, UUM
3. Persetiaan Raja, Kerajaan dan Rakyat drpd perspektif Islam.
Prof Dato' Dr Idris Zakaria, UKM
4. Persetiaan Melayu Bugis dlm Sejarah Johor-Riau.
Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali, UM.
5. Hubungan Raja dgn Rakyat: Suatu Telaah Terhadap Taj al-Salatin dari Perspektif Pemikiran Islam.
Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, UM.
6. Syair Awang Semaun dan Syair Rakis ke Melayu Islam Beraja.
Prof Madya Dr Hj Hashim Hj Abdul Hamid, Akademi Pengajian Brunei.
7. Waad, Wasiat dan nasihat dalam Sulalat al Salatin: Iktibar untuk kepimpinan Melayu
Datuk Zainal Abidin Borhan, Yayasan Karyawan, Pengasas ADAB
8. Raja Berpelembagaan Kesinambungan Waad, Raja dan Rakyat.
Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, IKIM
9. Hubungan antara Raja, Adat dan Rakyat berdasarkan Undang-undang Pangaderreng di Sulawesi Selatan. Prof Dr Nurhayati Rahman, Universitas Hasanuddin Makasar.
10. Upacara Perasmian Seminar.
YTM Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Syafinaz Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah)
11. Forum-Rakyat & Raja Berpisah Tiada
a. Panel 1: Tun Mohamed Hanif Omar, Pengerusi Pewaris ADAB
b. Panel 2: TSD Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengamal Undang2 & Mantan CEO MAS
c. Dato' Dr Affifudin Omar, KUIN, Pewaris ADAB
Telah dibukukan dan diterbitkan oleh LPM(ADAB)

Sebahagian daripada ahli ADAB yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-3 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 31 Mac 2014.

Perjumpaan santai antara ahli Majlis ADAB dan Sekretariat Konferen WMPO sambil berbincang mengenai 2nd International Conference of Melayu-Polynesia & Trade Show pada penghujung bulan Mac 2014 yang bakal dianjurkan oleh The World Melayu-Polynesia Organization di New Zealand kelak. Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Sekretariat WMPO di emel wiwsalleh12@gmail.com
Tidak lupa juga ucapan Terima kasih atas jamuan tengahari yang ditaja oleh Timbalan Pengerusi ADAB dan "Happy Belated Birthday", semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Mesyuarat bulanan Ahli Majlis ADAB ke 15.

Perbincangan Meja Bulat ADAB kali pertama (RT1) pada 9 Nov 2013 yang diadakan di Kelab Golf Negara Subang (KGNS).

Mesyuarat Agung ADAB yang pertama diadakan pada 31 Mac 2012 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur bagi melantik ahli Majlis bagi Penggal 2012-2014.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Penaja ADAB iaitu YBhg. Tan Sri Dato' Mohd. Yusof bin Hitam.

Menikmati juadah sambil beramah mesra di kalangan ahli dan ahli Majlis ADAB yang baru dilantik selepas Mesyuarat Agung selesai.
- ADAB telah diterima sebagai kerabat Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan telah menyertai kegiatan MPM.
- Pengerusi Majlis Penaja ADAB, Tan Sri Dato' Mohd Yusof Hitam mewakili ADAB dalam MPM dan telah dipilih sebagai Ketua Biro Antarabangsa MPM.
- ADAB telah memulakan perbincangan dan perancangan untuk melaksanakan projek mengkaji waad Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba.
- ADAB telah memulakan usaha memperkenalkan diri dengan mengambil bahagian dalam seminar di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam pada 21hb Disember 2011.
- Menyebut juga kemungkinan projek seterusnya seperti seminar antarabangsa maritim Nusantara serta perkampungan Nusantara, dan juga penyertaan dalam Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia - Indonesia dan Jawatankuasa bersama Malaysia - Indonesia yang telah dinyatakan pembentukannya dalam bulan Mac 2012.
- ADAB telah mengadakan sesi Dialog Meja Bulat sistem Pendidikan Nasional pada 14bh Julai 2012 bertempat di Menara Wisma Sejarah, Kuala Lumpur bersama MPM.
Galeri Foto
Peti Surat B.2.1-4, Menara Wisma Sejarah, 230 Jalan Tun Razak, 50400 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Laman sesawang: http://www.lembagaperadabanmelayu.org